Tuesday, January 6, 2009

MENGENALI KEHIDUPAN MAS MERAH





Aku adalah peminat setia filem klasik dan para seniman dan seniwati diTahun 50'an dan 60'an ..bahkan 85 % dari koleksi filem , poster poster juga gambar gambar artis artis berkenaan ada dalam koleksi peribadi ku . Dari aku dah pandai menonton wayang gambar dulu dulu boleh dikatakan semua nama nama juga pelakon filem dulu terpahat diingatanku .. Aku mencari bahan bahan berkenaan dilaman web dan di Arkib Negara juga membeli buku buku terbitan Finas juga dikedai kedai buku terbitan syarikat syarikat lain .. aku sanggup mengeluarkan belanja yang besar sakalipun kalau mengenai Filem Filem Melayu Klasik .. Minat ku bagitu mendalam sakali bahkan familiku sendiri pelik dengan minatku itu .. Kalau lah aku .. akan ku bina sabuah memorial untuk Filem Filem Melayu Klasik baik keluaran Shaw Brothers ataupun Cathay Keris ..Aku langsung , tiada satu pun koleksi poster poster Filem Melayu Keluaran Cathay Keris .. Kalau ada sesiapa yang memiliki koleksi berkenaan boleh lah menghubungi Mas Merah jangan lupaaaaa .. Arwah ayah ku dulu dulu bagitu berminat dengan seniwati Zaiton hinggakan ibuku semasa muda muda dulu kerap memakai kebaya pendek apabila dirumah dan kalau ke Majlis Khenduri Kahwin akan memekai kebaya labuh dengan sanggul siput ataupun cucur keria tanpa make-up bagitu anggun sakali .. Disini aku turunkan juga gambar Seniwati Zaiton dengan pose yang bagitu istimewa sakali .. Masih terpahat lagi diingatan ku arwah ayahku bagitu minat menonton Video Cerita " Hang Tuah " apabila ayah ku meninggal di awal Tahun 89 ibuku menyimpan video berkenaan ditempat lain takut kalau kalau anak cucunya menonton kelak pilu dihatinya .. Bahkan cucu cucunya pun ada gelaran TUAH , JEBAT , LEKIR DAN KASTURI telah pun meninggal dunia selain nama sabenar mereka dan kekal sampai sekarang ..

No comments:

Post a Comment