Monday, January 12, 2009

TRIP AKU DENGAN KAKAK DAN ADIKKU KE HANOI VIETNAM 5 HARI 4 MALAM

Gambar kami beramai - ramai depan Memorial Ho Chi Minh
Sejak aku bersara ini lah Package Pelancongan yang pertama aku sertai dengan kos RM: 2,150.00 .. Aku pergi dengan Hajah Norhayati Dan Hajah Umi Kalthum [ Tiga Beradik ].

HARI PERTAMA RABU

Pukul 1.45 pagi 24.12.2008 Hari Rabu aku mandi dan bersiap siap .. bila pukul 2.45 Pagi aku kejutkan Hjh Khamsiah dan Khalidah kerana merekalah yang menghantar aku ke LCCT .. Pukul 3.15 pagi kami bertolak ke LCCT .. sampai Airport pukul 4.15 pagi dan siap semuanya dan menaiki Air Asia AK 0760 dan berlepas pukul 6.45 Pagi satelah lewat dari yang sepatutnya pukul 6.30 Pagi .. ini mungkin mainan Air Asia yang kerap lewat dari jadual sabenar Kami juga dikenakan Charge setiap beg RM. 10.00.. Dalam Flight aku makan Nasi Lemak dengan Tea Hijau Lemon semuanya RM: 14.00 Waktu Hanoi dengan Malaysia berbeza 1 jam .. Kami mendarat di Noi Bai Internatianal Airport Hanoi pukul 9.45 Pagi .. Cuaca di Hanoi sejuk 12 darjah C .. bolih tahan juga sejuknya ..
Perjalan dari Airport ke Hanoi memakan masa 45 minit .. keadaan kota Hanoi lebih kuranglah dengan pemandangan yang kita sering lihat di Kota Filipina , Thailand dan Indonesia yang mana tanah merah masih kelihatan dan berdebu mujurlah udaranya sejuk kalau musim panas tak tahulah .. Rupa bentuk bangunan dan kawasan perumahan nya mengikut ciri ciri rumah ala ala Belanda .. keadaan trafiknya pula bagitu teruk sakali kerana keadaan jalannya yangkebanyakkan dua hala dan motor dan kereta serta basikalnya yang banyak dan sesak dijalan raya .. Satu yang patut diberi pujian walaupun trafik nya sesak dan berlumba lumba tapi sapanjang yang ku lihat jarang pula yang ada kemalangan kecil atau besar .. kemudian kami terus dibawa melawat
Hoan Kiem Lake with Ngoc Son Temple dan salepas itu kami dibawa kebutik tapi harganya semua dalam USD tapi kalau didalam Dong mencecah berjuta juta .. 1 USD bersamaan 17,000.00 Dong kalau dibanding dengan Malaysia memang tak padan dengan kualitinya ..
Kemudian kami dibawa makan ke Restoran makanan India iaitu INDIAN PALACE dan kami diberi cenderahati oleh Agensi Pelancongan Vietnam berupa beg duit sutera .. Salepas itu kami check in VESNA HOTEL bertaraf 4 Bintang .. aku dengan Yong duduk dibilik 908.. kami diberi masa rehat salama 2 ½ jam iaitu dari pukul 1.00 tengahari hingga 3.30 petang waktu Vietnam .. Pukul 3.45 petang kami bertolak ke THE VIETNAM NATIONAL PUPPETRY THEATRE di THANG LONG THEATRE di No. 361 Truong Chinh Str , Thanh Xuan Dist , Hanoi . Website : www.vietnampuppetry.com theater bermula pukul 5.00 petang – 5.45 petang .. pertunjukan berkisar kisah kehidupan orang orang Vietnam dizaman dahulu yang mana tasik , binatang ternakan dan juga mitos naga menjadi latar belakang persembahan .. Malam kami makan di Restoran Nisa iaitu restoran orang Serawak yang berkahwin dengan orang Johor .. kemudian kami dibawa ke hotel dan istirehat ..

HARI KEDUA KHAMIS 25.12.2008 :

Esok pukul 6.30 Pagi aku pergi Cafe Hotel untuk sarapan .. kami hanya makan roti dan telut rebus kerana menu babi pun ada sama dan masing masing tak yakin walaupun setengah makanan nya mengunakan seafood .. kemudian kami ceck-out kerana hari ini kami akan dibawa ke HALONG BAY serta tidor disana satu malam .. kami turun pukul 9.00 pagi kami dibawa melawat HO CHI MINH’S VESTIGE IN THE PRESIDENTIAL PALACE AREA No. 1 Rue Bach Thao , Ba Dinh , Hanoi Tel : (084) – 08044529 / 08043559 / 08043816 .. Disini ada mayat Ho Chi Minh’s yang telah diawet didalam ayer tapi kami tidak dapat memasukinya kerana “tour guide” memberi banyak alasan check 100 peratus olih pihak berkuasa memorial supaya kami semua tidak berminat nak tengok akhir semua pusing pusing dekat luar tengok keadaan sekitar termasuk rumah kediaman , pejabat , bilik mesyuarat dan kereta Presiden .. kemudian kami dibawa ronda ronda selama 1 jam menaiki beca menikmati jalan jalan lama yang mempunyai deretan kedai di Hanoi .. satu perkara yang menarik di hanoi ini ialah susunan deretan kedai yang menjual barang barang .. kalau barangan letrik sepanjang jalan tersebut dikiri kanan menjual alatan berkenaan bagitu lah seterusnya .. salepas itu kami dibawa makan di Restoran Tandoori iaitu KHAZAANA Authentic Indian Cuisine di 1c Tong Dan Str , Hoan Kiem , Hanoi Tel : 9345657 / 9343513 .. Salepas makan kami terus dibawa ke HALONG BAY yang memakan masa perjalanan selama 3 jam .. sejauh 180 Km .. Dipertengahan jalan kami berhenti ke kawasan Kraftangan OKU dan barang barang nya pun boleh tahan juga mahal nya malah tak sepadan dengan negaranya yang baru maju serta bangit dari peperangan .. kami sampai di HALONG BAY malam pukul 9.00 dan terus dibawa makan seafood dan check in HOTEL HALONG SPRING di Ha long Road , Bai Chay Halong City , Quang Ninh Province .. Tel : (84 -33 ) 846381 / 846058 – Fax (84 -33) 846729 .. aku terus tidor tapi saparuh dari kami pergi shopping di Halong Bay ..

HARI KETIGA JUMAAT 26.12.2008 :

Turun minum pukul 6.30 pagi untuk sarapan yang mana makanan nya juga sama .. kami hanya makan roti bakar dan telor rebus .. pukul 8.30 pagi kami di bawa bersiar siar dengan Bot Persiaran salama 4 jam menikmati keindahan World Heritage .. Diatas bot kami menikmati seafood sabagi juadah tengahari .. Aku dan yang tak berapa upaya tidak mengikuti ronda ronda gua gua bersinar dengan berjenis jenis marmar .. Petang kami mendarat dan mulakan perjalan untuk kembali ka Hanoi yang memakan masa 4 jam kerana jalan yang bagitu sesak dengan kenderaan kerana keadaan trafif yang tak terkawal .. Dalam perjalanan balik kami sakali lagi dibawa singgah di Kraftangan OKU yang ada ditepi jalan .. Kami makan malam di Restoran Tandoori dan check in Hotel Vesna .. Rehat kerana dah malam dan penat ..

HARI KEEMPAT SABTU 27.12.2008 :

Salepas sarapan kami naik bas pukul 9 Pagi untuk naik sampan dan jalan jalan ke Inland Halong Bay sejauh 100 Km untuk menaiki sampan tapi apakan daya hari hujan dari pagi hingga tengahari .. Dalam perjalanan kami dibawa melawat Tokong Dinh King dan Le King tapi separuh dari kami tak pergi kerana hujan turun dengan lebat sakali kemudian kami berhenti makan tengahari dan membeli belah disekitar pekan tersebut hingga pukul 1.00 tengahari .. Petang pulang shopping disekitar Olds Street in Hanoi .. orang orang Vietnam dalam menjual barang barang selalunya meletak dengan harga yang bagitu tinggi .. ikut nasib masing masing dalam tawar menawar harga yang dihajati .. kekadang kita terkena juga dengan harga mereka yang tinggi dan kemudian kami makan malam di Indian Restaurant .. kemudian ke Hotel untuk berihat ..

HARI KELIMA AHAD 28.12.2008 :

Salepas sarapan kami bebas hingga pukul 12.00 tengahari untuk check-out Hotel dan dibawa ke Perkampongan Sutera Vietnam .. disini kami didedahkan denagn pembuatan sutera dan disekitarnya penuh dengan deretan kedai sutera yang harganya bolih tahan ..
Kami diberi masa 2 jam untuk shopping .. Kemudian kami dibawa makan ke Restoran Nisah .. Salepas makan Tengahari terus ke Airport dikuatiri jalan sesak kerana hari ini ada perlawanan bola sepak anatara Vietnam dengan Thailand ..Sampai airport pukul 5.30 petang dan habis check-in pukul 6.30 petang dan kami masuk ke terminal berlepas dengan penerbangan Air Asia AK 0763 pukul 7.15 petang dan sampai LCCT pukul 10.30 waktu Vietnam .. dan pukul 11.30 waktu Malaysia ..kami juga dikenakan charge bag 70,000 Dong bersamaan dengan RM. 17.00 .. Hjh Khamsiah jemput aku ..kami sampai rumah pukul 1.30 pagi .. Tamat lah perjalan ku ke Vietnam yang penuh dengan fantasi kehidupan yang baru dalam mindaku ..

No comments:

Post a Comment