Monday, January 19, 2009

Buah Betik Elok Untuk Awet Muda


Info ni Mas Merah ambil dekat Surat Khabar KOSMO! terbitan Hari Sabtu bertarikh 17.01.2009.
Seseorang yang ingin kelihatan muda bolehlah makan buah betik yang berupaya memenuhi keperluan nutrisi harian dan berupaya mengekalkan awet muda . Betik juga mengandungi kandungan komponen aktif dalam buah2an juga mampu mengurangkan tindak balas pengoksidan .. juga mampu bertindak balas untuk kulit seseorang berkedut selain mengundang tompok tompok hitam , ia juga ada komponen aktif iaitu sebatian fenolik yang bertindak sebagai antipengoksidan yang melambatkan proses penuan ..Selain berguna sebagai agen antipenuan , betik juga berperanan untuk menghalang kanser saperti kanser prostat , penyakit berkaitan dengan jantung dan penyakit alzhei - mer .. Tak tahu Mas Merah penyakit apa ni .. kalau nak lebih detail rujuk lah kepada kamus kesihatan .. Buah betik juga mengandungi vitamin C dan B , karotena , flavonoid , potasium , magnesium serta serat .. Buah buahan lain yang turut memberi kelebihan yang sama kepada kita ialah jambu batu isi merah , ubi keledek serta kelompok pegaga dan mengkudu .. Cuba cubalah mana tahu kita yang telah berumur ini kot kot boleh jelita semula .. tua tetap tua tapi manis dan ayu yang diambil kira , walaupun kita 60 tahun tapi macam 40 an .. Gedut gedutnya kurang jelas ..

Friday, January 16, 2009

SENARAI FILEM FILEM MELAYU KLASIK DALAM BENTUK VCD YANG ADA DALAM SIMPANAN


1 ABU HASAN PENCHURI
2 AHMAD ALBAB
3 AKSI KUCHING
4 ALADIN
5 ALI BABA BUJANG LAPOK
6 ALOHA
7 AMOK TOK NADING
8 ANAK BAPAK
9 ANAK BULOH BETONG
10 ANAK DARA
11 ANAK KU SAZALI
12 ANAK PONTIANAK
13 ANJORAN NASIB
14 ANTARA DUA DARJAT
15 ANTARA SENYUM & TANGIS
16 ARJUNA
17 AYER MATA DUYONG
18 AZIMAT
19 BADANG
20 BAPA SAYA
21 BATU BELAH BATU BERTANGKUP
22 BATU DURHAKA
23 BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
24 BAYANGAN AJAL
25 BAYANGAN DIWAKTU FAJAR
26 BIDASARI
27 BUDI DAN DOSA
28 BUJANG LAPOK
29 BUMIPUTRA
30 BUNGA TANJONG
31 CHE MAMAT PARANG TUMPOL
32 CHELORONG CHELORENG
33 CHEMPAKA BIRU
34 CHINTA
35 CHINTA KASEH SAYANG
36 CHUCHU DATUK MERAH
37 DAHAGA
38 DAJAL SUCHI
39 DANDAN SETIA
40 DANG ANUM
41 DARAH KU
42 DARAH MUDA
43 DARMA KASUMA
44 DAYANG SENANDONG
45 DO RE ME
46 DOKTOR
47 DOSA WANITA
48 DR RUSDHI
49 DUA KALI LIMA
50 DUA PENDEKAR
51 DUPA CHENDANA
52 ENAM JAHANAM
53 GELORA
54 GERAK KILAT
55 GERGASI
56 GERHANA
57 GERIMIS
58 GILA TALAK
59 GUL BAKAWALI
60 GURINDAM JIWA
61 HANG JEBAT
62 HANG TUAH
63 HANTU JERANGKONG
64 HANTU KUBOR
65 HANTU RIMAU
66 HARIMAU JADIAN
67 HATI BATU
68 HATI IBLIS
69 HUJAN PANAS
70 IBU AYAM
71 IBU MERTUA KU
72 IBULAH SYORGA
73 IKAN EMAS
74 IMAN
75 INDERA BANGSAWAN
76 ISI NERAKA
77 ISTANA IMPIAN
78 JAHANAM
79 JALAK LENTENG
80 JANGAN TINGGAL DAKU
81 JAUH DIMATA
82 JEBAK MAUT
83 JIRAN SEKAMPONG
84 JIWA LARA
85 JULA JULI BINTANG TUJUH
86 JURANG BAHAYA
87 KACHA PERMATA
88 KAKI KUDA
89 KALONG KENANGAN
90 KANCHAN TIRANA
91 KASEH IBU
92 KASEH SAYANG
93 KASIH TANPA SAYANG
94 KECHEWA
95 KELUARGA 69
96 KEMBALI SEORANG
97 KERANDA BERDARAH
98 KERANDA JINGGA
99 KERIS MAS
100 KORBAN FITNAH
101 KORBAN KASIH
102 LABU LABI
103 LAILA MAJNUN
104 LAIN JALAN KE SHORGA
105 LAKSAMANA DO RE ME
106 LAMPONG KARAM
107 LANANG SEJAGAT
108 LANCHANG KUNING
109 LELA MANJA
110 LELA SATRIA
111 LOBANG NERAKA
112 LUBALANG DAIK
113 MABOK KEPAYANG
114 MADU TIGA
115 MAMBANG MODEN
116 MAS MERAH
117 MASAM MASAM MANIS
118 MASHARAKAT PINCHANG
119 MASUK ANGIN KELUAR ASAP
120 MAT BOND
121 MAT KARONG GUNI
122 MAT LANON
123 MAT RAJA KAPOR
124 MAT TENGGEK
125 MAT TIGA SUKU
126 MAT TOYOL
127 MATA DAN HATI
128 MATA SYAITAN
129 MATAHARI
130 MEGAT TERAWIS
131 MENYERAH
132 MERANA
133 MISKIN
134 MUDA MUDI
135 MUSANG BERJANGGUT
136 NAGA TASIK CHINI
137 NASIB
138 NASIB DO RE ME
139 NASIB SI LABU LABI
140 NERACHA
141 NILAM
142 NOR ISLAM
143 NORA ZAIN 001
144 NORLELA
145 NUJUM PAK BELALANG
146 PAK PANDIR MODEN
147 PANCHA DELIMA
148 PANGGILAN PULAU
149 PANGLIMA BESI
150 PANJI SEMERANG
151 PATAH HATI
152 PENARIK BECHA
153 PENCHURI
154 PENDEKAR BUJANG LAPOK
155 PENDEKAR SAKTI
156 PERKAHWINAN RAHSIA
157 PERMATA DIPERLIMBAHAN
158 PILIH MENANTU
159 PLAY BOY
160 PONTIANAK GUA MUSANG
161 PUAKA
162 PUSAKA PONTIANAK
163 PUTERA BERTOPENG
164 PUTERA SANGKAR MAUT
165 PUTERI GUNONG BANANG
166 PUTERI GUNONG LEDANG
167 PUTUS SUDAH KASIH SAYANG
168 RACHUN DUNIA
169 RADEN MAS
170 RAGAM P.RAMLEE
171 RAJA BERSIONG
172 RAJA BERSIONG SHAW BROTHERS
173 RAJA LAKSAMANA BENTAN
174 RASA SAYANG EH
175 RAYUAN SUKMA
176 RUMAH ITU DUNIA KU
177 SABARUDIN TUKANG KASUT
178 SATAY
179 SATU TITIK DIGARISAN
180 SAUDAGAR MINYAK URAT
181 SEDARAH
182 SEJOLI
183 SELENDANG DELIMA
184 SELENDANG MERAH
185 SEMANGAT ULAR
186 SEMERAH PADI
187 SEMUSIM DI NERAKA
188 SENGSARA
189 SENIMAN BUJANG LAPOK
190 SERANGAN ORANG MINYAK
191 SERIKANDI
192 SESUDAH SUBOH
193 SGT HASSAN
194 SI MURAI
195 SI MURAI
196 SIAL WANITA
197 SIAPA BESAR ?
198 SIAPA SALAH
199 SINGAPURA DILANGGAR TODAK
200 SITANGGANG
201 SITI MUSLIHAT
202 SRI ANDALAS
203 SRI MERSING
204 SUMPAH PONTIANAK
205 SUMPAH WANITA
206 TAJUL ASHIKIN
207 TAUFAN
208 TIGA BOTAK
209 TUN FATIMAH
210 TUN MANDAN
211 TUNANG PAK DUKUN
212 UDANG DISEBALIK BATU
213 WAN PERKASA
214 YATIM MUSTAPA
215 YATIM PIATU

Wednesday, January 14, 2009

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – At Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya- Ahmad .
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad , sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda.
2. Forward Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha ALLAH akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk" [Al-Bayyinah,98: 7]

Monday, January 12, 2009

TRIP AKU DENGAN KAKAK DAN ADIKKU KE HANOI VIETNAM 5 HARI 4 MALAM

Gambar kami beramai - ramai depan Memorial Ho Chi Minh
Sejak aku bersara ini lah Package Pelancongan yang pertama aku sertai dengan kos RM: 2,150.00 .. Aku pergi dengan Hajah Norhayati Dan Hajah Umi Kalthum [ Tiga Beradik ].

HARI PERTAMA RABU

Pukul 1.45 pagi 24.12.2008 Hari Rabu aku mandi dan bersiap siap .. bila pukul 2.45 Pagi aku kejutkan Hjh Khamsiah dan Khalidah kerana merekalah yang menghantar aku ke LCCT .. Pukul 3.15 pagi kami bertolak ke LCCT .. sampai Airport pukul 4.15 pagi dan siap semuanya dan menaiki Air Asia AK 0760 dan berlepas pukul 6.45 Pagi satelah lewat dari yang sepatutnya pukul 6.30 Pagi .. ini mungkin mainan Air Asia yang kerap lewat dari jadual sabenar Kami juga dikenakan Charge setiap beg RM. 10.00.. Dalam Flight aku makan Nasi Lemak dengan Tea Hijau Lemon semuanya RM: 14.00 Waktu Hanoi dengan Malaysia berbeza 1 jam .. Kami mendarat di Noi Bai Internatianal Airport Hanoi pukul 9.45 Pagi .. Cuaca di Hanoi sejuk 12 darjah C .. bolih tahan juga sejuknya ..
Perjalan dari Airport ke Hanoi memakan masa 45 minit .. keadaan kota Hanoi lebih kuranglah dengan pemandangan yang kita sering lihat di Kota Filipina , Thailand dan Indonesia yang mana tanah merah masih kelihatan dan berdebu mujurlah udaranya sejuk kalau musim panas tak tahulah .. Rupa bentuk bangunan dan kawasan perumahan nya mengikut ciri ciri rumah ala ala Belanda .. keadaan trafiknya pula bagitu teruk sakali kerana keadaan jalannya yangkebanyakkan dua hala dan motor dan kereta serta basikalnya yang banyak dan sesak dijalan raya .. Satu yang patut diberi pujian walaupun trafik nya sesak dan berlumba lumba tapi sapanjang yang ku lihat jarang pula yang ada kemalangan kecil atau besar .. kemudian kami terus dibawa melawat
Hoan Kiem Lake with Ngoc Son Temple dan salepas itu kami dibawa kebutik tapi harganya semua dalam USD tapi kalau didalam Dong mencecah berjuta juta .. 1 USD bersamaan 17,000.00 Dong kalau dibanding dengan Malaysia memang tak padan dengan kualitinya ..
Kemudian kami dibawa makan ke Restoran makanan India iaitu INDIAN PALACE dan kami diberi cenderahati oleh Agensi Pelancongan Vietnam berupa beg duit sutera .. Salepas itu kami check in VESNA HOTEL bertaraf 4 Bintang .. aku dengan Yong duduk dibilik 908.. kami diberi masa rehat salama 2 ½ jam iaitu dari pukul 1.00 tengahari hingga 3.30 petang waktu Vietnam .. Pukul 3.45 petang kami bertolak ke THE VIETNAM NATIONAL PUPPETRY THEATRE di THANG LONG THEATRE di No. 361 Truong Chinh Str , Thanh Xuan Dist , Hanoi . Website : www.vietnampuppetry.com theater bermula pukul 5.00 petang – 5.45 petang .. pertunjukan berkisar kisah kehidupan orang orang Vietnam dizaman dahulu yang mana tasik , binatang ternakan dan juga mitos naga menjadi latar belakang persembahan .. Malam kami makan di Restoran Nisa iaitu restoran orang Serawak yang berkahwin dengan orang Johor .. kemudian kami dibawa ke hotel dan istirehat ..

HARI KEDUA KHAMIS 25.12.2008 :

Esok pukul 6.30 Pagi aku pergi Cafe Hotel untuk sarapan .. kami hanya makan roti dan telut rebus kerana menu babi pun ada sama dan masing masing tak yakin walaupun setengah makanan nya mengunakan seafood .. kemudian kami ceck-out kerana hari ini kami akan dibawa ke HALONG BAY serta tidor disana satu malam .. kami turun pukul 9.00 pagi kami dibawa melawat HO CHI MINH’S VESTIGE IN THE PRESIDENTIAL PALACE AREA No. 1 Rue Bach Thao , Ba Dinh , Hanoi Tel : (084) – 08044529 / 08043559 / 08043816 .. Disini ada mayat Ho Chi Minh’s yang telah diawet didalam ayer tapi kami tidak dapat memasukinya kerana “tour guide” memberi banyak alasan check 100 peratus olih pihak berkuasa memorial supaya kami semua tidak berminat nak tengok akhir semua pusing pusing dekat luar tengok keadaan sekitar termasuk rumah kediaman , pejabat , bilik mesyuarat dan kereta Presiden .. kemudian kami dibawa ronda ronda selama 1 jam menaiki beca menikmati jalan jalan lama yang mempunyai deretan kedai di Hanoi .. satu perkara yang menarik di hanoi ini ialah susunan deretan kedai yang menjual barang barang .. kalau barangan letrik sepanjang jalan tersebut dikiri kanan menjual alatan berkenaan bagitu lah seterusnya .. salepas itu kami dibawa makan di Restoran Tandoori iaitu KHAZAANA Authentic Indian Cuisine di 1c Tong Dan Str , Hoan Kiem , Hanoi Tel : 9345657 / 9343513 .. Salepas makan kami terus dibawa ke HALONG BAY yang memakan masa perjalanan selama 3 jam .. sejauh 180 Km .. Dipertengahan jalan kami berhenti ke kawasan Kraftangan OKU dan barang barang nya pun boleh tahan juga mahal nya malah tak sepadan dengan negaranya yang baru maju serta bangit dari peperangan .. kami sampai di HALONG BAY malam pukul 9.00 dan terus dibawa makan seafood dan check in HOTEL HALONG SPRING di Ha long Road , Bai Chay Halong City , Quang Ninh Province .. Tel : (84 -33 ) 846381 / 846058 – Fax (84 -33) 846729 .. aku terus tidor tapi saparuh dari kami pergi shopping di Halong Bay ..

HARI KETIGA JUMAAT 26.12.2008 :

Turun minum pukul 6.30 pagi untuk sarapan yang mana makanan nya juga sama .. kami hanya makan roti bakar dan telor rebus .. pukul 8.30 pagi kami di bawa bersiar siar dengan Bot Persiaran salama 4 jam menikmati keindahan World Heritage .. Diatas bot kami menikmati seafood sabagi juadah tengahari .. Aku dan yang tak berapa upaya tidak mengikuti ronda ronda gua gua bersinar dengan berjenis jenis marmar .. Petang kami mendarat dan mulakan perjalan untuk kembali ka Hanoi yang memakan masa 4 jam kerana jalan yang bagitu sesak dengan kenderaan kerana keadaan trafif yang tak terkawal .. Dalam perjalanan balik kami sakali lagi dibawa singgah di Kraftangan OKU yang ada ditepi jalan .. Kami makan malam di Restoran Tandoori dan check in Hotel Vesna .. Rehat kerana dah malam dan penat ..

HARI KEEMPAT SABTU 27.12.2008 :

Salepas sarapan kami naik bas pukul 9 Pagi untuk naik sampan dan jalan jalan ke Inland Halong Bay sejauh 100 Km untuk menaiki sampan tapi apakan daya hari hujan dari pagi hingga tengahari .. Dalam perjalanan kami dibawa melawat Tokong Dinh King dan Le King tapi separuh dari kami tak pergi kerana hujan turun dengan lebat sakali kemudian kami berhenti makan tengahari dan membeli belah disekitar pekan tersebut hingga pukul 1.00 tengahari .. Petang pulang shopping disekitar Olds Street in Hanoi .. orang orang Vietnam dalam menjual barang barang selalunya meletak dengan harga yang bagitu tinggi .. ikut nasib masing masing dalam tawar menawar harga yang dihajati .. kekadang kita terkena juga dengan harga mereka yang tinggi dan kemudian kami makan malam di Indian Restaurant .. kemudian ke Hotel untuk berihat ..

HARI KELIMA AHAD 28.12.2008 :

Salepas sarapan kami bebas hingga pukul 12.00 tengahari untuk check-out Hotel dan dibawa ke Perkampongan Sutera Vietnam .. disini kami didedahkan denagn pembuatan sutera dan disekitarnya penuh dengan deretan kedai sutera yang harganya bolih tahan ..
Kami diberi masa 2 jam untuk shopping .. Kemudian kami dibawa makan ke Restoran Nisah .. Salepas makan Tengahari terus ke Airport dikuatiri jalan sesak kerana hari ini ada perlawanan bola sepak anatara Vietnam dengan Thailand ..Sampai airport pukul 5.30 petang dan habis check-in pukul 6.30 petang dan kami masuk ke terminal berlepas dengan penerbangan Air Asia AK 0763 pukul 7.15 petang dan sampai LCCT pukul 10.30 waktu Vietnam .. dan pukul 11.30 waktu Malaysia ..kami juga dikenakan charge bag 70,000 Dong bersamaan dengan RM. 17.00 .. Hjh Khamsiah jemput aku ..kami sampai rumah pukul 1.30 pagi .. Tamat lah perjalan ku ke Vietnam yang penuh dengan fantasi kehidupan yang baru dalam mindaku ..

Saturday, January 10, 2009

TERKENANGKAN KAWAN KAWAN LAMA SEMASA BERTUGAS DAHULU


Sekarang dah dekat 7 Bulan aku bersara dari Kerajaan dan terasa rindu pula dengan kawan kawan sepejabat terutama Patimah Binti Haji Mahat [ Mak Su Timah ] , Puan Norliah Bin Haji Ahmad [ Mak Endek ] , Puan Sharipah Binti Haji Ayob [ Mak Teh ] , Puan Wasiah Binti Othman [ Wok ] , Cik Norhani Binti Haji Othman [ Mak Ungku ] , Cik Normalawati Binti Abdul Latiff [ Kasuma ] , Paun Pauziah Binti Abd. Latif [ Nyah Bon ]..

ELAKKAN PERPECAHAN DALAM KELUARGA KITA DAHULU SABELUM ORANG LAIN


Salam Sejahtera .. Perpecahan dalam keluarga memang ketara sejak akhir akhir ini gara gara ingin hidup mewah .. dengki .. fitnah memfitnah .. kata cerca sesama keluarga dan sering menuding jari sesama sendiri walhal satu jari kita tuding kepada saudara yang lain .. empat lagi jari menuding kepada kita .. gara gara tamak haloba dan berlumba lumba mengejar kemewahan serta menampung kesusahan yang menimpa gara gara tidak bertanggungjawab dan malas nak berusaha asyik meminta bantuan kepada saudara yang lebih berada , rezeki yang diperolihi disalah gunakan .. ada juga ipar duai dalam keluarga yang menga'abaikan ya'ani tidak bertanggungjawap dalam nafkah hidup dan sering menimbul masaalah dan pertikaian dalam jalinan kemesraan kekeluargaan .. kaki judi .. menipu dalam bentuk menjadi penjamin kepada pinjaman bank atau pembelian kereta dan sebagainya tapi tidak bertanggungjawab dalam soal pembayaran .. masa nak ambil menjadi penjamin dan sebagainya manis mulut tapi bila timbul soal pembayaran menyusahkan saudara dan buat tidak tahu .. kaki perempuan terutama wanita Indonesia yang bagitu ghairah mengoda lelaki tempatan yang menjadi suami kepada saudara / ipar kita .. mereka bukan cinta sangat dengan suami suami kepada saudara / ipar kita itu tapi hanya ingin hidup bebas di sini dan juga mengikis duit lelaki yang dah tidak sedarkan diri " RUMAH KATA PERGI .. KUBUR KATA MARI " .. Ada juga saudara mara dan ipar duai yang hidup bermuka muka antara satu sama lain .. masing masing mengatakan diri mereka yang benar dan yang lain salah walhal mereka lah yang sabenarnya jahat serta tamak haloba .. kesalahan saudara saudara lain berebut rebut menilai hingga kehujung nyawa tapi mereka tidak tahu yang hidup juga mati serta amalan dan fitrah hidup kita ini adalah ketentuan Allah semata mata .. kita tidak tahu mati hidup kita bagaimana dan bila .. tapi ada juga dikalangan saudara mara serta ipar duai yang sering menilik dan berdukun serta dirasuk oleh sesuatu makhluk dalam badan mereka untuk mengubati sasuatu penyakit atau terkena buatan orang juga mencari kelemahan diri saudara yang lain tetapi tidak diri juga keluarga sendiri .. " KUMAN DSEBERANG LAUT NAMPAK .. GAJAH DIDEPAN MATA BUAT TAK NAMPAK " .. Itu semua adalah KURAFAT DAN HANYA ALLAH SAJA TEMPAT KITA BERDOA SERTA BERMUNAJAT .. Tidak salah berdukun tapi biar kena dengan jalan yang diredhai oleh ALLAH .. ada juga saudara kita yang kita bercakap benar tidak dipercayai tapi yang bercakap bohong seratus peratus dipercayai dan dibantu .. bagi yang benar , macam macam alasan yang keras diperjelaskan .. hinggakan menitiskan ayer mata membacanya dan rasa itulah kali terakhir berbuat demikian .. walau bagaimana pun , hidup mesti diteruskan .. Kita jangan takut salagi Allah ada disisi kita dan kapada Nya jangan kita lupakan .. kerjakan segala suruhan Nya dan jauhi segala larangan Nya dan jangan kita menyekutukan Nya .. Dosa menyekutukan Nya adalah amat berat dan Neraka Jahanam tempatnya .. Ingatlah saudara saudaraku .. bersatulah kita semula .. eratkanlah jalinan kekeluargaan kita saperti dulu dan bertambah erat antara satu sama lain , jangan lah berpecah belah kerana kita semua dah tua .. apa lagi yang kita nak cari hanya Ajal sahaja yang belum sampai lagi .. Ayuh saudara saudara ku bersatulah demi Ayah yang telahpun berada didalam kubur dan Ibu yang telah uzur .. kalau kita rasa bersalah dan menyakiti hati serta menyinggung perasaan saudara kita apalah salahnya kita mohon ma'af .. Jangan anggap kita betul , orang lain salah , ingatlah apa yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah , kalau tidak kita yang kena kelak anak anak kita yang dapat balasan nya .. FIKIR FIKIR LAH UNTUK RENUNGAN SAUDARA SAUDARA KU , BERBUAT LAH SESUATU DARI SEKARANG SABELUM TERLAMBAT , JANGAN AJAL DIJEMPUT OLEH ALLAH KITA TIDAK SEMPAT UNTUK BERBUAT DEMIKIAN .. BERMA'AF2AN LAH SELAGI LIDAH BOLIH BERKATA KATA SABELUM DIKELUKAN OLEH ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA ..

Friday, January 9, 2009

SALING BERMA'AF - MA'AFAN SESAMA MANUSIA


Kita manusia tidak kira ibubapa , anak-anak , saudara mara dan juga kawan kawan sesama manusia tidak kira Ugama , Bangsa hendaklah sentiasa ada kemaafan dalam diri kita .. Kita tidak perlu menyakiti dan suka menjaga tepi kain saudara mara juga anak anak dan juga jiran tetangga .. kalau zaman dahulu kita mungkin boleh berbuat demikian tapi zaman sekarang rasanya sukar untuk kita lakukannya ..Kita juga sabagai ibu bapa harus sentiasa bersifat terbuka dalam menyelesaikan masaalah antara kita anak beranak .. tidak rugi sakiranya kita rasa bersalah terhadap mereka kita segera minta maaf untuk tidak mengecilkan hati anak juga menantu dan cucu cicit kita .. tidak berdosa kita meminta maaf terhadap mereka semoga mereka juga tidak segan berbuat demikian terhadap kita .. kasih sayang terhadap anak anak menantu juga cucu cicit jangan lah berbelah bahagi biarlah sama rata .. Kita tidak tahu silap silap yang kita tidak sayang / benci , itulah kelak yang menjaga dan boleh kita menumpang hidup dengan nya .. sakira kita perlu tegur kita tegur sakiranya tidak , biarkan lah kerana mereka juga ada ayah ibu yang boleh berbuat demikian ..
Kita juga jangan berbangga dengan apa yang kita ada juga segala yang telah dihajati tercapai dan memandang rendah terhadap orang yang tiada kerana segalanya adalah ketentuan / ujian dari Allah belaka .. sakira kita rasa amalan kita cukup lengkap janganlah kita memandang rendah terhadap orang yang tidak saperti kita kerana amalan amalan yang kita lakukan hanya Allah juga yang menentukannya .. Hidup biarlah sentiasa bersyukur dengan apa yang seadanya ..

Thursday, January 8, 2009

AKU MEMANG MEMINATI LAKONAN SENIWATI SA'ADIAH TERUTAMA FILEM " MAS MERAH "






Filem MAS MERAH keluaran Shaw Brothers pada Tahun 1961 adalah Filem lakonan Seniwati Sa'adiah yang paling aku minati sakali .. cara lakonan , mimik muka , cara dia marah , merajuk dan menangis serta gaya menyanyi dan menari .. rasa ku anak dia sendiri pun tak bolih menirunya walaupun ada kalangan anaknya yang mirip wajah beliau .. Cara dan gaya lakonannya sampai sekarang menjadi ingatan ku walhal di zaman aku kanak kanak dulu dapat menonton satu satu filem Melayu dalam masa dua tahun ianya dikeluarkan dan salepas ditayangkan di bandar bandar besar barulah Filem tersebut sampai ditempatku Di Grik Perak iaitu Di Panggung SIN HUA .. Dulu kebanyakkan Filem Filem Melayu yang ditayangkan di Grik adalah Keluaran Shaw Brothers .. Keluaran Cathay Keris yang ku ingat hanyalah Filem CHINTA ABADI , SRI MERSING DAN DANG ANOM sahaja ..Lakonan mantap Sa'adiah selalunya diganding dengan Seniman Ahmad Mahmud saperti Filem KORBAN , PUSAKA PONTIANAK , ANAK BULOH BETONG , MAMBANG MODEN , ISI NERAKA , JERITAN BATINKU dan lain lain lagi .. Harga tiketnya pula Kelas Pertama RM. 1.00 , Kelas Kedua RM.0.65 dan Kelas Ketiga hanya untuk kanak kanak dibawah 12 tahun sahaja iaitu RM.0.40 ..Tapi sayang filem MELANCHONG KE TOKYO , TAQDIR , KORBAN DAN JERITAN BATHINKU tiada dalam simpananku bahkan sudah lama tidak di tayangkan di TV kerajaan ataupun swasta dan juga TV berbayar .. Mas Merah hairan kemana pergi filem filem tersebut .. Kalau ada diantara anda yang menyimpam filem filem tersebut dalam bentuk VCD atau DVD boleh hubungi Mas Merah dan boleh berbincang ..

KEHIDUPAN YANG SABENAR - BENARNYA



Kita ni hidup perlu mencermin diri sendiri sabelum kita mengkritik kehidupan orang lain . Tak semestinya kalau kita orang dewasa kita tak perlu mendengar nasihat orang yang lebih muda dari kita . Kehidupan dulu dengan sekarang jauh lebih berbeda dari kehidupan kita dulu dulu macam bumi dengan langit . Bagitu juga dengan taraf kematangan genarasi sekarang dengan genarasi dulu juga berbeda .. Dulu semasa kecil kecil bila dah meningkat remaja kebanyakan dari kita dah boleh membawa kehidupan berdikari berbanding dengan remaja sekarang .. Dulu kalau satu satu tindakan nak diambil kita fikir seribukali sebelum melakukannya ..Orang lama banyak beringat dan berfikir sabelum melakukan ..Zaman kita dulu perlu menabung jika berkehendakkan sesuatu barang yang dibeli ataupun mengikut rombongan semasa percutian penggal sekolah ..Zaman dulu dulu kalau apa yang emak masak semuanya mesti dimakan kalau tak berlaparlah hari itu .. berbeda zaman sekarang menu makanan harian ditetapkan olih anak anak .. Yang menhairankan kebanyakkan budak budak zaman sekarang sayur2an menjadi musuh tradisi untuk dimakan .. pelik dan ajaib .. lagipun sekarang makanan segera bagitu meluas dipasaran kita baik disupermarket dan restoran restoran juga digerai gerai di tepi jalan .. Tapi betula juga zaman kita dulu dulu ibu tidak bekerja tapi zaman sekarang ibu ibu bekerja dari pagi sampai kepetang dan malam baru balik kerana buat kerja lebihmasa dan bila sampai rumah anak anak dah tidor .. Kehidupan mereka kebanyakkan nya dihabiskan dengan orang gaji dan taska ..Tapi kita juga perlu ingat kecil kecil kita menghantar mereka ke taska takut nanti bila kita dah tua kita pula dihantar ke rumah Orang Tua ataupun di rumah transit .. Subhanaallah ..

Tuesday, January 6, 2009

Sebahagian Gambar Gambar Seniwati dan Seniman Filem Melayu Klasik


<

MENGENALI KEHIDUPAN MAS MERAH





Aku adalah peminat setia filem klasik dan para seniman dan seniwati diTahun 50'an dan 60'an ..bahkan 85 % dari koleksi filem , poster poster juga gambar gambar artis artis berkenaan ada dalam koleksi peribadi ku . Dari aku dah pandai menonton wayang gambar dulu dulu boleh dikatakan semua nama nama juga pelakon filem dulu terpahat diingatanku .. Aku mencari bahan bahan berkenaan dilaman web dan di Arkib Negara juga membeli buku buku terbitan Finas juga dikedai kedai buku terbitan syarikat syarikat lain .. aku sanggup mengeluarkan belanja yang besar sakalipun kalau mengenai Filem Filem Melayu Klasik .. Minat ku bagitu mendalam sakali bahkan familiku sendiri pelik dengan minatku itu .. Kalau lah aku .. akan ku bina sabuah memorial untuk Filem Filem Melayu Klasik baik keluaran Shaw Brothers ataupun Cathay Keris ..Aku langsung , tiada satu pun koleksi poster poster Filem Melayu Keluaran Cathay Keris .. Kalau ada sesiapa yang memiliki koleksi berkenaan boleh lah menghubungi Mas Merah jangan lupaaaaa .. Arwah ayah ku dulu dulu bagitu berminat dengan seniwati Zaiton hinggakan ibuku semasa muda muda dulu kerap memakai kebaya pendek apabila dirumah dan kalau ke Majlis Khenduri Kahwin akan memekai kebaya labuh dengan sanggul siput ataupun cucur keria tanpa make-up bagitu anggun sakali .. Disini aku turunkan juga gambar Seniwati Zaiton dengan pose yang bagitu istimewa sakali .. Masih terpahat lagi diingatan ku arwah ayahku bagitu minat menonton Video Cerita " Hang Tuah " apabila ayah ku meninggal di awal Tahun 89 ibuku menyimpan video berkenaan ditempat lain takut kalau kalau anak cucunya menonton kelak pilu dihatinya .. Bahkan cucu cucunya pun ada gelaran TUAH , JEBAT , LEKIR DAN KASTURI telah pun meninggal dunia selain nama sabenar mereka dan kekal sampai sekarang ..