Thursday, January 8, 2009

AKU MEMANG MEMINATI LAKONAN SENIWATI SA'ADIAH TERUTAMA FILEM " MAS MERAH "






Filem MAS MERAH keluaran Shaw Brothers pada Tahun 1961 adalah Filem lakonan Seniwati Sa'adiah yang paling aku minati sakali .. cara lakonan , mimik muka , cara dia marah , merajuk dan menangis serta gaya menyanyi dan menari .. rasa ku anak dia sendiri pun tak bolih menirunya walaupun ada kalangan anaknya yang mirip wajah beliau .. Cara dan gaya lakonannya sampai sekarang menjadi ingatan ku walhal di zaman aku kanak kanak dulu dapat menonton satu satu filem Melayu dalam masa dua tahun ianya dikeluarkan dan salepas ditayangkan di bandar bandar besar barulah Filem tersebut sampai ditempatku Di Grik Perak iaitu Di Panggung SIN HUA .. Dulu kebanyakkan Filem Filem Melayu yang ditayangkan di Grik adalah Keluaran Shaw Brothers .. Keluaran Cathay Keris yang ku ingat hanyalah Filem CHINTA ABADI , SRI MERSING DAN DANG ANOM sahaja ..Lakonan mantap Sa'adiah selalunya diganding dengan Seniman Ahmad Mahmud saperti Filem KORBAN , PUSAKA PONTIANAK , ANAK BULOH BETONG , MAMBANG MODEN , ISI NERAKA , JERITAN BATINKU dan lain lain lagi .. Harga tiketnya pula Kelas Pertama RM. 1.00 , Kelas Kedua RM.0.65 dan Kelas Ketiga hanya untuk kanak kanak dibawah 12 tahun sahaja iaitu RM.0.40 ..Tapi sayang filem MELANCHONG KE TOKYO , TAQDIR , KORBAN DAN JERITAN BATHINKU tiada dalam simpananku bahkan sudah lama tidak di tayangkan di TV kerajaan ataupun swasta dan juga TV berbayar .. Mas Merah hairan kemana pergi filem filem tersebut .. Kalau ada diantara anda yang menyimpam filem filem tersebut dalam bentuk VCD atau DVD boleh hubungi Mas Merah dan boleh berbincang ..

2 comments:

  1. filem mas merah nih awak ada x simpanan nya..dah penat saya cari tp x jumpa pun

    ReplyDelete
  2. sakura ilz,
    dah dapat ke "mas merah" dari mas merah?
    dia ada filem tu.
    kalau dah dapat baguslah.
    kalau belum, saya boleh tolong carikan.
    tapi, tak kecik hati ke si mas merah tu.
    saya pula memandai-mandai.
    tak kisahlah, janji kita tolong menolong.
    jangan lupa lawat blog saya, majallah filem.

    ReplyDelete