Friday, January 9, 2009

SALING BERMA'AF - MA'AFAN SESAMA MANUSIA


Kita manusia tidak kira ibubapa , anak-anak , saudara mara dan juga kawan kawan sesama manusia tidak kira Ugama , Bangsa hendaklah sentiasa ada kemaafan dalam diri kita .. Kita tidak perlu menyakiti dan suka menjaga tepi kain saudara mara juga anak anak dan juga jiran tetangga .. kalau zaman dahulu kita mungkin boleh berbuat demikian tapi zaman sekarang rasanya sukar untuk kita lakukannya ..Kita juga sabagai ibu bapa harus sentiasa bersifat terbuka dalam menyelesaikan masaalah antara kita anak beranak .. tidak rugi sakiranya kita rasa bersalah terhadap mereka kita segera minta maaf untuk tidak mengecilkan hati anak juga menantu dan cucu cicit kita .. tidak berdosa kita meminta maaf terhadap mereka semoga mereka juga tidak segan berbuat demikian terhadap kita .. kasih sayang terhadap anak anak menantu juga cucu cicit jangan lah berbelah bahagi biarlah sama rata .. Kita tidak tahu silap silap yang kita tidak sayang / benci , itulah kelak yang menjaga dan boleh kita menumpang hidup dengan nya .. sakira kita perlu tegur kita tegur sakiranya tidak , biarkan lah kerana mereka juga ada ayah ibu yang boleh berbuat demikian ..
Kita juga jangan berbangga dengan apa yang kita ada juga segala yang telah dihajati tercapai dan memandang rendah terhadap orang yang tiada kerana segalanya adalah ketentuan / ujian dari Allah belaka .. sakira kita rasa amalan kita cukup lengkap janganlah kita memandang rendah terhadap orang yang tidak saperti kita kerana amalan amalan yang kita lakukan hanya Allah juga yang menentukannya .. Hidup biarlah sentiasa bersyukur dengan apa yang seadanya ..

No comments:

Post a Comment