Monday, December 22, 2008

Salam Sejahtera

Assalamu'alaikum dan salam perkenalan buat teman teman seusiaku yang ingin menatap serta menghayati juga melayari Blog kesayanganku ini untuk dikongsi bersama suka duka kehidupan dialam realiti yang sabenar benarnya .. segala luahan cetus rasa hati kecil ku ini juga adalah kegembiraan hidup sabelum dijemput Allah ke rahmatullah .. hidup kita ini tidak boleh berada dialam pura puraan walaupun kita dah berusia kita perlu berkongsi bersama kehidupan suka duka kita bagi mengelakkan kita kesunyian dan berada didalam kedukaan .. almaklumlah diusia bagini kebanyakkan dari kita yang telah kesaorangan .. kerana mungkin teman hidup yang telah pun kembali ke rahmatullah dan anak anak juga yang kebanyakkan nya telahpun berumah tangga meninggalkan kita hidup kesaorangan .. kerana eloklah mereka memulakan kehidupan pahit maung berumahtangga .. biarlah mereka juga merasakan dengan apa yang kita rasakan dahulu agar mereka lebih menghormati diri kita ..Generasi sekarang sebut saja semua dapat .. zaman kita dulu berperit jerih menyimpan dan menabung sebelum barang yang kita hajati di perolehi .. bayangkan lah ..bahkan sekarang menu makan minum harian pun ditetap oleh anak anak kita .. dulu dulu apa yang ibu masak itulah makanan dan minuman kita ...

No comments:

Post a Comment