Wednesday, February 4, 2009

LAWATAN KE MELAKA DENGAN ACIK



Pada 31.01.2009 Acik ambil aku dirumah pukul 8.30 Pagi kerana kami nak berjalan makan angin ke Melaka .. Diperhentian Rehat Selatan Seremban kami berhenti makan sarapan pagi , anak anak Acik hanya minum sahaja pasal dah bedal Jejemput dengan soosseg satu bekas plastik , kemudian meneruskan perjalanan dan kami sampai pukul 12.00 Tengahari terus pergi Booking Bilik Famili Room di Hotel Seri Malysia yang kebetulan nampak di tepi jalan Ayer Keroh ke Bandar Melaka .. Bilik aku tempah melalui Kad Pesara aku sabagai kakitangan Kerajaan dan dapat potongan dari RM. 199.00kepada RM180.00 dan nombor biliknya ialah 331 tingkat dua .. Alamat penuh Hotel ialah:-

HOTEL SERI MALAYSIA MELAKA
Lebuh Ayer Keroh
75450 Melaka Bandaraya Bersejarah
Tel : 06 – 2328460 Fax : 06 – 2328470
Website: www.serimalysia.com.my
Reservation online : www.holidaycity/serimalaysia.com

Kemudian kami jalan jalan diBandar Hilir Melaka .. Di sini kami melawat bangunan bangunan lama dan melawat Dataran Pahlawan , mula mula nak naik kapal persiaran yang mengelilingi Bandar Melaka tapi perkhidmatan berhenti rehat untuk makan tengahari .. satelah penat berpusing pusing kami pergi ke Jaya Jusco Ayer Keroh untuk beli makanan ringan termasuk mee maggi juga ayer minuman untuk di hotel nanti .. Pukul 3.30 petang kami Check In bilik dulu dan salepas itu baru nak pergi Zoo Melaka tapi bila anak anak Acik dah terpandang kolam mandi di Hotel ini langsung semuanya bertukar kepada mandi2an pula tapi salepas Sembahyang Asar .. Aku pun turut mandi juga ..
Besoknya Aku , Acik , Mohd Farhan dan Mohd Irfan pergi sarapan pagi di Cafe Hotel kerana dapat kupon hanya 3 sahaja dan kanak kanak bawah 2 tahun percuma .. Menu nya faham faham sahaja lah dengan Hotel Seri Malaysia yang tergolong dengan Menu Bajet kalau dibandingkan dengan hotel hotel di Kuala Lumpur yang rate biliknya yang sama .. Kemudian untuk yang lain Acik beli roti canai di sebuah warong ditepi jalan Ayer Keroh .. anak anak Acik tidak sempat makan dan terus pergi mandi kerana dah tidak sabar .. Acik beri tempoh hanya dua jam sahaja dan aku dengan Acik rehat rehat .. Acik tidor tapi aku berkemas sementara menunggu budak budak naik mandi pukul 11.00 pagi nanti .. Kemudian kami check out pukul 11.45 pagi dan cawan yang pecah kena bayar RM 10.00 .Kami terus pergi Zoo Melaka dan bayarannya dewasa RM.7.00 , kanak kanak RM 5.00 dan Webcam RM.10.00 , dalam zoo kami naik tren dengan bayaran RM2.00 seorang pusing pusing satu zoo dan salepas itu aku relax dan dia orang terus berjalan jalan dalam zoo .. Kemudian kami keluar dan mula mula Acik ingat nak pergi Taman Asean tapi tidak jadi kerana kepenatan dan terus balik ..

2 comments:

  1. Jalan sakan nampak .... aaaaiiii tak kan cawan RM 10 kena charge pun nak tulis ....hehehehhehee

    ReplyDelete
  2. Akum... Di mane Jamaliah sekarang.. sihat ke dia, tinggal kat mane...

    ReplyDelete