
Nama penuh Datok ku ialah Haji Abdul Raja @ Razak Bin Kasiman . Beliau berasal dari Kerinchi Indonesia iaitu dari Sungai Penuh dan Opahku pula Kerinchi Ambai , kedua2nya adalah Ibu dan Bapa kepada ayahku Haji Abd Aziz Bin Haji Abd Razak . Beliau berdagang ke Kampong Tanjong Rambai Grik Perak iaitu 4 batu sabelum Pekan Grik tempat kelahiran Mas Merah dan adik beradik yang seramai 11 orang dan seorang daripadanya dilahirkan diKampong Pandan Kuala Lumpur . Umur datokku semasa dia meninggal dunia ialah 112 Tahun , jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuboran Ampang , Kuala Lumpur .
DiKampong Tanjong Rambai datokku dilantik sebagai ketua Kampong , seingatku ramai perantau2 dari Kerinchi Indonesia membuka tanah tanah baru dengan menanam Padi Huma atau Padi Ladang/Bukit dan salepas habis menuai tanah berkenaan ditanam pula dengan getah . Datok ku juga terkenal dengan keberaniannya yang tiada tolok banding diantara perantau2 Kerinchi dikala itu , seingatku ramai saudara maranya yang menetap/tinggal di Kampong Pasir dan Kampong Kemensah di Hulu Klang juga di Kampong Kerinchi di belakang Bangunan Angkasapuri sekarang ini . Aku masih ingat lagi Datuk Empat/Ketua Kampong Kerinchi dikala itu sekitar 60an dan 70an adalah Haji Akasah dan anaknya salah seorang bernama Ridhuan yang berniaga Shell Petrol Pump di tepi Lebuhraya dulu dulu . Datok ku semasa hayatnya berkahwin dengan Opahku Hajah Teh Amah Binti Daud dan mendapat cahayamata seramai lapan orang tapi semasa hayat kami ada , anak2nya hanya tinggal ayahku dan adiknya Zainal Ariffin [ Ngah Pin panggilan mesra kami ]tapi semuanya telah kembali keRahmatullah . Datuku semasa hayatnya juga terkenal dengan Dukun yang bolih mengubat penyakit dan juga menawar penyakit kena Santau .. seingat ku orang orang yang terkena santau diberi makan ayam selasih yang dikukus dengan buah kundor sehingga habis sebagai penawarnya , biasa nya orang orang yang terkena santau duduk berubat dirumah datukku sampai sihat , sakiranya mereka tinggal jauh , akhir2nya ada yang menjadi anak atau cucu angkat kepadanya . Dia juga membuat Sembahyang Hajat bagi pihak pihak yang kehilangan barang barang berharga juga tertipu dan tergadai harta benda dikala itu . Datokku hanya mengamal ayat ayat Quran dan beliau juga tidak memakan sebarang makanan terutama yang dibuat olih bangsa asing yang bukan beragama Islam , beliau kuat menjaga tentang halal haram mengenai makanan yang hendak dimakan , seingatku kichap yang dimakan pun dibuat sendiri dari ayer kelapa yang dimasak dan dibubuh garam dengan gula dan minyak kelapa pun dibuat sendiri dari santan kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak , dulu dulu dikampong kelapa tak laku sangat ,dulu dulu juga Opah ku membuat rempah giling kalau mahu dimasak dan cili pun digiling juga , beliau tidak pakai Ajinomoto saperti yang kami dan orang lain amalkan tapi masakkannya tetap sedap , kerana semasa kecil kecil dulu aku banyak tinggal bersama dengan Datok dan Opahku.
Semasa dibulan puasa pula datokku rajin berburu dan menahan jerat pelandok , ayam hutan dan landak raya .. Puas kami menikmati masakan binatang buruan dan yang dijerat .. Opahku kalau bab memasak semuanya sedap sedap hingga menjilat jari . Aku masih terbayang lagi kerabu yang dimakan dengan kanji [ bubur nasi yang dicampor rempah ratus ] memang tidak pernah ketinggalan kerana menu tersebut adalah menu wajib datokku . Datokku makan memang tidak banyak tapi yang menghabiskannya adalah aku dengan opahku , nasinya pula beras padi huma yang baru dan harum mewangi kerana ditumbuk dengan menggunakan lesong kaki ..
Semasa 13 MAY 1969 Datokku juga dijemput Haji Othman yang isterinya bernama Hajah Halimah Mutahirin yang tinggal di Petaling Jaya untuk mandi minyak berbulan bulan lamanya iaitu di Balai Datok Harun , Menteri Besar Selangor ketika itu dan di Melaka juga disekitar Kuala lumpur dan Selangor . Datukku juga ada menerbit sebuah buku Amalan Tok Janggut yang diuruskan olih Ustaz Mohd Asri dan dicetak olih Pustaka Muda Ipoh Perak .. Tujuan Mas Merah mendedahkan kisah silam ini bukan lah untuk meriak dan takbur tapi untuk mencari suku sakat juga famili disabelah datok dan opahku .. Opahku juga berasal dari Beruas Perak nama kampong nya Mas Merah dah lupa ..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteDatukku adalah juga rakan sekampung Tok Janggut ni. Namanya Hj Abdul Karim Mat Jamil. Imam kampung sejak surau lama Kg Tg Rambai di tepi sungai lagi. Opah aku Maimunah binti Hj Majid bin Riau Bayan Putih. Haji Majid @ To'ki Majid ini juga salah seorang dari perantau yang bersama2 Tok Janggut, To'ki Mat Kaya, Haji Pekih dan To'ki Bekam membuka Kg Tanjung Rambai.
Kalau datang ke Melaka, kontek2lah, boleh berjumpa...
kami anak pak long aziz..klu dtg kl dtgla desa pandan..blh contact no ni klu nk dtg.012-6439172..kami pnggl ayah kmu ayah alang..
DeleteMas Merah,
ReplyDeleteAnda ni anak Pak Long Aziz ke. Saya dulu sekelas dengan Jamaliah, masa sekolah menengah tinggal di rumah Hj Taharuddin... Layarilah blok saya fadzilrusli.blogspot.com. Bapa saudara menantu sulung saya tinggal di Ampang pernah beberapa kali ke rumah Tok janggut semasa beliau kecil2 dulu... Salam untuk semua...
salam...saya pernah dengar kisah tok janggut ni dekat kampung saya, dia memang handal
ReplyDeleteZaidy
ReplyDeleteSalam,
Saya cucu kepada Ahmad Zamri Bin Hj Alwi. Dulu datuk saya kerja sebagai polis bhg siasatan (org dulu2 panggil mata2). Dato saya pun keturunan kerinci dan pernah berguru dengan tok janggut (separuh jln). Saya xpasti hubungan datuk sy dengan tok janggut tp kalo xsalah ada kaitan dengan keluarga sebelah isteri tok janggut. Datuk sy ni juga brsaudara dengan Tok Mudim Sani di Grik.
Sy selalu dengar cerita dari ibu sy mengenai kehebatan tok janggut berdepan dengan komunis. Dia sempat bertumpang di rumah tok janggut masa umur 8 thn (kalo xsilap) dan suka masakan keluarga tok janggut.. sedap kata dia. hahaha..
Pernah juga saya dan mak saya datang ke rumah salah seorang keturunan tok janggut kat apartment kg pandan.
Saya dengar cerita tok janggut dari sekolah rendah lagi n sangat kagum dengan kehebatan dia. Mungkin satu hari nanti boleh buat gathering dengan keturunan tok janggut ni.
blh dtgla kt umah kami dkt blok j5-4-7 delima j desa pandan 55100 kl
DeleteSalam..di harap agar pn mas sudi menghubungi sy-arman krn sy ingin mentalaqqi kitab pagar himat ngn pewaris Almarhum Tok Janggut..jutaan terima ksh
ReplyDeletesbnrnye cucu dia ada dkt blok j5-4-7 delima j desa pandan 55100 kl..blh contact no ni klu ada sebarang pertanyaan..012-6439172..
DeleteAlmarhum Tok Uban ( Simpang Lubuk Paku, Maran 2000) ada juga dikunjungi oleh anak2 murid Tok Janggut..bila berjumpa mereka terkejut dan berpeluk2
ReplyDeleteas salam..saya ada membeli buku pagar hikmat..tak tau pulak almarhum org kerinchi wp saya tahu di grik ada perkampungan kerinchi di sana.
ReplyDeletesbnrnye cucu dia ada dkt blok j5-4-7 delima j desa pandan 55100 kl..blh contact no ni klu ada sebarang pertanyaan..012-6439172..
Deletesalam..namanya cucu tok janggut siapa ya...senang nak hubungi nanti..
DeleteKalau tak silap, suami saya pernah memiliki Buku Pakar Hikmat yang ditulis oleh Tok Janggut.....tak tahulah adakah Tok Janggut Perak atau Kelantan. Cari buku tak jumpa.
ReplyDeleteAnak2 murid tok janggut jumpa tok uban maka berpeluk2 lah
ReplyDeleteAs salam....
ReplyDeleteAl-fatihah untuk tok janggut...kita beruntung kerana tok janggut menulis segala ilmu yang ada untuk tatapan generasi sekarang. jasa beliau kita kenang..dan ketokohan nya walau pun ianya tidak se gah tokoh..namun ianya tokoh perjuangan negara..
As Salam moyang saya bernama Haji Pekih.
ReplyDeleteAsslmkm saudara2 yg dirahmati allah skalian..al fatihah ku tadahkan untuk TOK JANGGUT dan rakan seperjuangan beliau..hadirnya saya disini ingin meminta bantuan drpd saudara2 skalian .saya di ijazahkan senaskah buku PAGAR HIKMAT ...jika tidak keberatan bolehkah saudara2 skalian temukan saya dgan guru yg arif yg boleh membantu saya mempelajari buku yg telah diijazahkan ini?..ilmu allah terbentang luasnya..jika ini adlh salah satu yg ditentukan oleh NYA .dgan lapang dada ku menerima & ku mengharapkan bantuan saudara2 skalin..jika tidak keberatan & dengan izinNYA niat untuk membantu saya boleh wssp di 0124983699..asslmkm saudara..
ReplyDeletesaya pernah dgr cerita tok janggut ni.dr arwah nenek sy.rafeah binti lebai othman.arwah nenek asal grik air panas.arwah pernah kata moyang sy asal dr sumatera,
ReplyDeletesaya pernah dgr cerita tok janggut ni.dr arwah nenek sy.rafeah binti lebai othman.arwah nenek asal grik air panas.arwah pernah kata moyang sy asal dr sumatera,
ReplyDeleteAlhamdulillah.👍
ReplyDeleteSaya cucu kepada dibong keturunan raja siam.. apa apa boleh contact saya..sedang mencari 01133904860
ReplyDeleteSy cucu chear senik dan tok goh kg bongor grik..keturunan raja siam juga..01110653114
DeleteSaya satu keturunan dgn hj Abdul razak bin kasman
DeleteAbah cakap kalau orang tanya pasal keturunan ... sebut je tok janggut grik ... nama tok hj mat nor .. nama abah latip .. dulu dok parit tanjung belanja pastu pindah kg manjoi arwah atok imam di sna ... ada ke yang kenal ???
ReplyDeleteSy cucuk chear senik tok goh dan cher tokhin...kg bongorgrik
DeleteArwah tok saya org kerinchi, Yusuf bin Abdullah, gelarannya Tok Usup Panjab..boleh mengubat orang dan arwah pah kata tok boleh bertukar jadi rimau.. entah leee..dulu dudok di Kg Dendang Beruas.. ada ke yg kenai?
ReplyDeleteassalam... saya ade memiliki buku amalan tok janggut tu. mulanya saya sangka tok janggut kelantan. saya selalu amalkn beberapa saje amalan dari buku tersebut. cuma saya nk tahu tentang YAA QAIHAQ ALAIHISSALAM. apakah ia?
ReplyDeleteMalaikat penjaga masa..
DeleteSalam mas merah..saya cucu pada toki mohd kaya anak pd pakngah ta ( dato mokhtarudin)
ReplyDeleteAssaalamualaikum..Saya cucu kpd lebai abd manap asal kerinchi.kg sg penuh.. berhijrah ke lengong perak.nenek org pattani..dicerita oleh arwah ayah saya
ReplyDeleteada rupanya dia...
DeleteAssalamualaikum saya anak kepada Norpisah binti zainalariffin dan cucu kepada zainalariffin... Dan saya salah seorang cicit tok janggut
ReplyDeleteSaya cucu kepada cher seni bin abdullah
ReplyDeletedan tok goh..abdullah bin draman...chear sy menetap di kg bongor grik..berdekatan dengan felda bersia lama...sy pula berpindah ke pahang dan menetap di kl....01110653114
Sy ade jumpa kitab pagar hikmat peninggalan arwah mertua..boleh ke sy terus amalkan kandungan kitab tu atau kena jumpa gurunya..
ReplyDelete