Wednesday, June 8, 2011

KENANGAN BERSAMA SAUDARA MARA SEBELAH IBU

Kalau zaman dulu dulu ibu bapa kita memainkan peranan dalam usaha mengenalkan saudara mara terdekat juga yang terjauh apabila tibanya Hari Raya dan Khenduri Kahwin tapi sekarang benda2 sebegini masyarakat sudah tidak mengambil berat lagi.. Kebetulan pada 04 Jun 2011 kami mendapat undangan jemputan kerumah Penganti lelaki di Taman Permata Ulu Klang dan kesempatan itu sempat bertemu dengan saudara mara sepupu sebelah ibu kami .. kalau tdak kemajlis sebigini mungkin kami tidak dapat tahu anak2 saudara yang kian bertambah dan saparuhnya kalau tidak bertemu dihari itu mungkin kami tidak mengenali antara satu sama lain ..

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430


SAYA DENGAN INI MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN DAN MA'AF KEPADA SAUDARA MARA AMNYA DAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA YANG MENGENALI DIRI SAYA INI .. MOHON JUA HALALKAN TERMAKAN DAN TERMINUM .. JUGA TERSILAP PERCAKAPAN YANG MUNGKIN MENYENTUH PERIBADI TANPA SAYA SEDARI .. YANG BAIK DARI ALLAH DAN YANG BURUK ITU DARI SAYA .. MOHON MA'AF JUA YANG TIDAK TERHINGGA SEKALI LAGI .. PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI DITAHUN HADAPAN ..



SAKALI LAGI SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL AIDIL WAL BAITI ..

Wednesday, July 15, 2009

SERANGAN SAKIT JANTUNG DAN KHASIAT MINUM AIR SUAM

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum tea panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung �
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.
60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.


Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Saturday, April 18, 2009

KASIHNYA IBU - SEMPENA HARI IBU


Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


Dendangan Biduanita Negara Sharipah Aini

Ditujukan khas buat Haji Ghazali yang berada nun jauh di Yanbu Saudi Arabia .. juga anak anaknya yang lain .. tatapilah wajah ibu anda yang terbaharu merenung wajah anda SEMPENA SEMPENA HARI IBU dengan penuh syahdu ....

Wednesday, February 11, 2009

LAGU BUAT AYAH DAN IBU DAN DOAKU PADA AYAH YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA TAHUN 1989



AYAH DAN IBU

AYAH DAN IBU
ITULAH PERMULAAN KAMI
DAPAT MELIHAT BULAN DAN
MATAHARI
AHAI ........

YANG DIKURNIAKAN DARI ILLAHI
AHAI ........
AYAH DAN IBU LAH
MESTI DIHORMATI

AYAH DAN IBU
WALI DAN JUGA KERAMAT
PADA MEREKA KITA BERI HORMAT
AHAI ........
BAGILAH TUNJUK AJAR DAN
NASIHAT
SUPAYA HIDUP
SUPAYA HIDUP KITA AKAN SELAMAT

NYANYIAN ALLAHYARHAM SUDIRMAN


Cuba anda bayangkan gambar yang tertera diatas adalah gambar ayah dan ibu anda dan anda nyanyikan lah bait bait lagu tersebut dengan penoh perasaan .. pasti anda akan teringatkan ayah dan ibu anda sakiranya mereka masih ada , sayangilah dan ta'atilah mereka .. minta lah ampun dan maaf dan ciumilah mereka , mudah mudahan mereka terasa kasih dan sayang anak anak pada mereka sedangkan kasih mereka terhadap kita tiada nilainya .. AYAH DAN IBUUUUU .. ENGKAULAH MESTILAH DIHORMATI ..

Wednesday, February 4, 2009

LAWATAN KE MELAKA DENGAN ACIK



Pada 31.01.2009 Acik ambil aku dirumah pukul 8.30 Pagi kerana kami nak berjalan makan angin ke Melaka .. Diperhentian Rehat Selatan Seremban kami berhenti makan sarapan pagi , anak anak Acik hanya minum sahaja pasal dah bedal Jejemput dengan soosseg satu bekas plastik , kemudian meneruskan perjalanan dan kami sampai pukul 12.00 Tengahari terus pergi Booking Bilik Famili Room di Hotel Seri Malysia yang kebetulan nampak di tepi jalan Ayer Keroh ke Bandar Melaka .. Bilik aku tempah melalui Kad Pesara aku sabagai kakitangan Kerajaan dan dapat potongan dari RM. 199.00kepada RM180.00 dan nombor biliknya ialah 331 tingkat dua .. Alamat penuh Hotel ialah:-

HOTEL SERI MALAYSIA MELAKA
Lebuh Ayer Keroh
75450 Melaka Bandaraya Bersejarah
Tel : 06 – 2328460 Fax : 06 – 2328470
Website: www.serimalysia.com.my
Reservation online : www.holidaycity/serimalaysia.com

Kemudian kami jalan jalan diBandar Hilir Melaka .. Di sini kami melawat bangunan bangunan lama dan melawat Dataran Pahlawan , mula mula nak naik kapal persiaran yang mengelilingi Bandar Melaka tapi perkhidmatan berhenti rehat untuk makan tengahari .. satelah penat berpusing pusing kami pergi ke Jaya Jusco Ayer Keroh untuk beli makanan ringan termasuk mee maggi juga ayer minuman untuk di hotel nanti .. Pukul 3.30 petang kami Check In bilik dulu dan salepas itu baru nak pergi Zoo Melaka tapi bila anak anak Acik dah terpandang kolam mandi di Hotel ini langsung semuanya bertukar kepada mandi2an pula tapi salepas Sembahyang Asar .. Aku pun turut mandi juga ..
Besoknya Aku , Acik , Mohd Farhan dan Mohd Irfan pergi sarapan pagi di Cafe Hotel kerana dapat kupon hanya 3 sahaja dan kanak kanak bawah 2 tahun percuma .. Menu nya faham faham sahaja lah dengan Hotel Seri Malaysia yang tergolong dengan Menu Bajet kalau dibandingkan dengan hotel hotel di Kuala Lumpur yang rate biliknya yang sama .. Kemudian untuk yang lain Acik beli roti canai di sebuah warong ditepi jalan Ayer Keroh .. anak anak Acik tidak sempat makan dan terus pergi mandi kerana dah tidak sabar .. Acik beri tempoh hanya dua jam sahaja dan aku dengan Acik rehat rehat .. Acik tidor tapi aku berkemas sementara menunggu budak budak naik mandi pukul 11.00 pagi nanti .. Kemudian kami check out pukul 11.45 pagi dan cawan yang pecah kena bayar RM 10.00 .Kami terus pergi Zoo Melaka dan bayarannya dewasa RM.7.00 , kanak kanak RM 5.00 dan Webcam RM.10.00 , dalam zoo kami naik tren dengan bayaran RM2.00 seorang pusing pusing satu zoo dan salepas itu aku relax dan dia orang terus berjalan jalan dalam zoo .. Kemudian kami keluar dan mula mula Acik ingat nak pergi Taman Asean tapi tidak jadi kerana kepenatan dan terus balik ..

Monday, February 2, 2009

KISAH DATOKKU DALAM KENANGAN - TOK JANGGUT GRIK PERAK , KEPADA SAUDARA MARA YANG BERKAITAN DAN TELAH TERPUTUS HUBONGAN SILALAH HUBONGI MAS MERAH


Nama penuh Datok ku ialah Haji Abdul Raja @ Razak Bin Kasiman . Beliau berasal dari Kerinchi Indonesia iaitu dari Sungai Penuh dan Opahku pula Kerinchi Ambai , kedua2nya adalah Ibu dan Bapa kepada ayahku Haji Abd Aziz Bin Haji Abd Razak . Beliau berdagang ke Kampong Tanjong Rambai Grik Perak iaitu 4 batu sabelum Pekan Grik tempat kelahiran Mas Merah dan adik beradik yang seramai 11 orang dan seorang daripadanya dilahirkan diKampong Pandan Kuala Lumpur . Umur datokku semasa dia meninggal dunia ialah 112 Tahun , jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuboran Ampang , Kuala Lumpur .
DiKampong Tanjong Rambai datokku dilantik sebagai ketua Kampong , seingatku ramai perantau2 dari Kerinchi Indonesia membuka tanah tanah baru dengan menanam Padi Huma atau Padi Ladang/Bukit dan salepas habis menuai tanah berkenaan ditanam pula dengan getah . Datok ku juga terkenal dengan keberaniannya yang tiada tolok banding diantara perantau2 Kerinchi dikala itu , seingatku ramai saudara maranya yang menetap/tinggal di Kampong Pasir dan Kampong Kemensah di Hulu Klang juga di Kampong Kerinchi di belakang Bangunan Angkasapuri sekarang ini . Aku masih ingat lagi Datuk Empat/Ketua Kampong Kerinchi dikala itu sekitar 60an dan 70an adalah Haji Akasah dan anaknya salah seorang bernama Ridhuan yang berniaga Shell Petrol Pump di tepi Lebuhraya dulu dulu . Datok ku semasa hayatnya berkahwin dengan Opahku Hajah Teh Amah Binti Daud dan mendapat cahayamata seramai lapan orang tapi semasa hayat kami ada , anak2nya hanya tinggal ayahku dan adiknya Zainal Ariffin [ Ngah Pin panggilan mesra kami ]tapi semuanya telah kembali keRahmatullah . Datuku semasa hayatnya juga terkenal dengan Dukun yang bolih mengubat penyakit dan juga menawar penyakit kena Santau .. seingat ku orang orang yang terkena santau diberi makan ayam selasih yang dikukus dengan buah kundor sehingga habis sebagai penawarnya , biasa nya orang orang yang terkena santau duduk berubat dirumah datukku sampai sihat , sakiranya mereka tinggal jauh , akhir2nya ada yang menjadi anak atau cucu angkat kepadanya . Dia juga membuat Sembahyang Hajat bagi pihak pihak yang kehilangan barang barang berharga juga tertipu dan tergadai harta benda dikala itu . Datokku hanya mengamal ayat ayat Quran dan beliau juga tidak memakan sebarang makanan terutama yang dibuat olih bangsa asing yang bukan beragama Islam , beliau kuat menjaga tentang halal haram mengenai makanan yang hendak dimakan , seingatku kichap yang dimakan pun dibuat sendiri dari ayer kelapa yang dimasak dan dibubuh garam dengan gula dan minyak kelapa pun dibuat sendiri dari santan kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak , dulu dulu dikampong kelapa tak laku sangat ,dulu dulu juga Opah ku membuat rempah giling kalau mahu dimasak dan cili pun digiling juga , beliau tidak pakai Ajinomoto saperti yang kami dan orang lain amalkan tapi masakkannya tetap sedap , kerana semasa kecil kecil dulu aku banyak tinggal bersama dengan Datok dan Opahku.
Semasa dibulan puasa pula datokku rajin berburu dan menahan jerat pelandok , ayam hutan dan landak raya .. Puas kami menikmati masakan binatang buruan dan yang dijerat .. Opahku kalau bab memasak semuanya sedap sedap hingga menjilat jari . Aku masih terbayang lagi kerabu yang dimakan dengan kanji [ bubur nasi yang dicampor rempah ratus ] memang tidak pernah ketinggalan kerana menu tersebut adalah menu wajib datokku . Datokku makan memang tidak banyak tapi yang menghabiskannya adalah aku dengan opahku , nasinya pula beras padi huma yang baru dan harum mewangi kerana ditumbuk dengan menggunakan lesong kaki ..
Semasa 13 MAY 1969 Datokku juga dijemput Haji Othman yang isterinya bernama Hajah Halimah Mutahirin yang tinggal di Petaling Jaya untuk mandi minyak berbulan bulan lamanya iaitu di Balai Datok Harun , Menteri Besar Selangor ketika itu dan di Melaka juga disekitar Kuala lumpur dan Selangor . Datukku juga ada menerbit sebuah buku Amalan Tok Janggut yang diuruskan olih Ustaz Mohd Asri dan dicetak olih Pustaka Muda Ipoh Perak .. Tujuan Mas Merah mendedahkan kisah silam ini bukan lah untuk meriak dan takbur tapi untuk mencari suku sakat juga famili disabelah datok dan opahku .. Opahku juga berasal dari Beruas Perak nama kampong nya Mas Merah dah lupa ..